| Laman Web Rasmi Hospital Setiu Terengganu  | Kesihatan Sepanjang Hayat, Kualiti Sepanjang Masa |

Malay Arabic English

Unit Pengurusan

| Print |  Email | Thursday, 11 April 2013 03:14 | Written by hsetiu |

PENGENALAN UNIT

Unit Pengurusan merupakan salah satu unit sokongan bukan klinikal di Hospital Setiu yang memberi perkhidmatan kepada kakitangan dan pesakit di hospital.  Perkhidmatan yang diberi melibatkan 4 aktiviti utama iaitu urusan pentadbiran am, sumber manusia, kewangan dan hasil.

 

OBJEKTIF

Memastikan semua dasar dan program Kementerian Kesihatan Malaysia serta Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan samada di peringkat unit dan Hospital Setiu. Melaksanakan aktiviti-aktiviti pengurusan  dan memastikan ianya sentiasa mematuhi peraturan-peraturan, pekeliling-pekeliling dan arahan yang sedang berkuatkuasa serta berusaha memenuhi kehendak pelanggan dalaman dan luaran dengan cepat, cekap, tepat dan mesra pelanggan.

 
AKTIVITI UTAMA

Pentadbiran

Unit Pentadbiran bertanggungjawab memastikan urusan pentadbiran berjalan dengan baik, cekap dan berkesan Di antara tugas-tugas yang dijalankan ialah seperti perancangan organisasi, menyelaras kursus dalam perkhidmatan, kad perakam waktu, urusan surat menyurat, pengurusan terima dan keluar mel, perhubungan telefon, pengurusan fail, menyelaras LNPT dan APC, menyediakan laporan tahunan ,  membuat kajian kepuasan pelanggan serta tugas-tugas pentadbiran yang lain.
 
Sumber Manusia

Unit Sumber Manusia bertanggungjawab ke atas pengurusan sumber manusia iaitu bermula dari proses pengesahan perlantikan sehingga ke proses persaraan anggota. Unit ini juga bertanggungjawab memastikan urusan perkhidmatan mengikut tatacara dan peraturan semasa.  Di antara tugas-tugas di Unit Sumber manusia ialah menguruskan data personel berkomputer (HRMIS), perlantikan anggota baru, pengesahan perlantikan, pertukaran keluar masuk anggota,menyediakan borang perubahan (Kew.8), merekod buku perkhidmatan, menguruskan pelbagai jenis cuti, menguruskan perjawatan dan laporan perjawatan,perletakan jawatan, menguruskan persaraan wajib/pilihan/sebab kesihatan serta lain-lain urusan perkhidmatan pengurusan sumber manusia.
 
Kewangan
 
Aktiviti utama Unit Kewangan ialah menerima peruntukan serta menentukan batas perbelanjaan mengikut aktiviti yang dibenarkan, menyediakan Perjanjian Program, menyedia laporan-laporan kewangan, pembayaran gaji,menguruskan sebutharga dan kontrak, mengurusan perolehan.  Unit ini juga bertanggungjawab menyediakan baucar bayaran bagi pelbagai jenis tuntutan termasuk pembayaran bil pembekal, tuntutan perjalanan, tuntutan elaun lebih masa, elaun jahitan serta lain lain urusan kewangan jabatan.
 
Hasil
 
Unit Hasil bertanggungjawab menyediakan bil hospital kepada semua pesakit dalam, mengutip bayaran, menyediakan pelbagai laporan berkaitan hasil dan lain-lain.  Unit Hasil juga bertanggunggjawab memastikan semua peraturan dan Akta Fee (Perubatan) 1982 dipatuhi.
 
Pembangunan dan Aset

Unit Pembangunan dan Aset bertanggungjawab membuat perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penyelenggaraan projek-projek pembangunan ditadbir urus dengan cekap, amanah dan telus.  Unit ini yang juga di kawalselia oleh Jurutera Operasi yang bertanggungjawab membuat pemantauan kerja-kerja penyelenggaran oleh syarikat konsesi, menguruskan hal-hal berkaitan pembangunan termasuk, mengemukakan permohonan naik taraf dan pembaikian kecil, menyediakan laporan kemajuan mingguan dan lain-lain urusan pembangunan.  Unit ini juga bertanggungjawab memastikan segala urusan berkaitan aset dan inventori Hospital Setiu dilaksanakana dengan sistematik dan teratur serta mematuhi Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan dan peraturan-peraturan yang berkaitan.  Tanggungjawab ini meliputi urusan penerimaan aset, pendaftaran aset, penggunaan/penyimpanan/pemeriksaan aset, pelupusan aset serta kehilangan dan hapus kira dan sedaya upaya memastikan semua peraturan dalam pengurusan aset dipatuhi oleh semua unit.
 
Perpustakaan
 
Bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan sumber maklumat kepada semua warga kerja di Hospital Setiu dan menyediakan sumber bacaan berbentuk ilmiah dan bahan bacaan ringan kepada kakitangan.  Unit ini juga memberi perkhidmatan dalam bentuk carian maklumat dan pinjaman bahan bacaan kepada warga Hospital Setiu.
 
 
CARTA ORGANISASI UNIT
 

 

 

 

joomla wellnessLorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s...