| Laman Web Rasmi Hospital Setiu Terengganu  | Kesihatan Sepanjang Hayat, Kualiti Sepanjang Masa |

Malay Arabic English

Unit Rekod Perubatan

| Print |  Email | Tuesday, 26 March 2013 06:37 | Written by super user |

PENGENALAN UNIT

Unit Rekod Perubatan adalah salah satu perkhidmatan sokongan di hospital. Unit ini dipertanggungjawabkan untuk mengurus perkara berkaitan perkhidmatan rekod perubatan bagi membantu pihak hospital memberi perkhidmatan rawatan perubatan yang cekap dan berkesan. Ia juga merupakan sumber rujukan kepada pihak atasan dan kakitangan di atas pencapaian tahap perkhidmatan kesihatan yang diberikan. Unit ini terletak di aras bawah Blok Utama. Ianya bersebelahan dengan Unit Hasil dan Bilik Daftar Masuk serta Unit Pengimejan Diagnostik dan berhampiran Unit Kerja Sosial Perubatan.

 

SKOP PERKHIDMATAN

3 skop utama perkhidmatan di Unit Rekod Perubatan adalah :

  • Pengurusan Rekod Pesakit (Rekod Pesakit Dalam, Rekod Pesakit Luar, Filem X-Ray)
  • Pengurusan Laporan Perubatan
  • Penyediaan Statistik Hospital

 

 

OBJEKTIF UNIT

i) Menyediakan sistem pengurusan rekod perubatan pesakit berada di tahap yang terbaik agar penyimpanan dan pengeluaran rekod mengambil masa yang minima.

ii) Memastikan data serta maklumat yang dikumpul adalah betul dan berkualiti dalam membantu pihak pengurusan untuk penyediaan perancangan masa depan.

 
CARTA ORGANISASI UNIT
 

 

 

 

joomla wellnessLorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s...