| Laman Web Rasmi Hospital Setiu Terengganu  | Kesihatan Sepanjang Hayat, Kualiti Sepanjang Masa |

Malay Arabic English

Unit Kerja Sosial Perubatan

| Print |  Email | Tuesday, 16 April 2013 03:14 | Written by hsetiu |

PENGENALAN UNIT

Unit Kerja Sosial Perubatan (UKSP) merupakan unit yang melaksanakan program rawatan pesakit yang komprehensif dan bersepadu dengan memberi perhatian serta pengendalian masalah psikososial pesakit yang mungkin diakibatkan oleh penyakitnya atau yang menjadi faktor penyebab kepada penyakitnya.

 

OBJEKTIF UNIT

Unit ini menyediakan perkhidmatan untuk pesakit dalam dan pesakit luar yang dirujuk oleh pegawai perubatan dengan menggunakan borang rujukan yang disediakan. Kes-kes yang dirujuk akan dibuat penilaian sosio ekonomi bagi menentukan keperluan dan kemampuan pesakit. Rujukan kes terbahagi kepada dua perkara utama:-

  • Terapi Sokongan/Kaunseling - Ia melibatkan kes rujukan untuk kaunseling seperti kes keganasan rumahtangga, kes ibu tanpa nikah, kes rogol dan lain-lain yang berkenaan.
  • Bantuan Praktik - Ia melibatkan kes rujukan seperti kes mendaptkan bantuan kewangan bagi menampung rawatan perubatan, bantuan untuk mendapatkan bantuan pembelian ubat-ubatan, mendapatkan bantuan pembelian peralatan, penyediaan laporan sosio ekonomi pesakit dan lain-lain yang berkenaan.

 

OBJEKTIF KUALITI

90% kes yang dirujuk diambil tindakbals dalam tempoh 2 hari bekerja.
 
**Definasi tindakbalas: Penilaian Psikososial, Perbincangan dengan perujuk, beri temujanji, menghubungi pesakit.
 
 
CARTA ORGANISASI UNIT
 

 

 

 

joomla wellnessLorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s...