| Laman Web Rasmi Hospital Setiu Terengganu  | Kesihatan Sepanjang Hayat, Kualiti Sepanjang Masa |

Malay Arabic English

Unit Dietetik & Sajian

| Print |  Email | Tuesday, 02 April 2013 03:55 | Written by hsetiu |

PENGENALAN UNIT

Unit Dietetik & Sajian terletak di bahagian aras bawah hospital di mana ia bersebelahan dengan Unit Stor Perubatan. Unit ini berada dalam jarak yang dekat dengan lif yang memudahkan pengagihan makanan dihantar dengan lebih cepat dan efisien.

 

OBJEKTIF AM

Memastikan perkhidmatan makanan dan perkhidmatan dietetik klinikal serta promosi kesihatan dilaksanakan secara profesional, berkualiti dengan mengutamakan pelanggan.

OBJEKTIF KHUSUS

  • Membekalkan diet normal dan diet teraputik mengikut pesanan wad
  • Membekalkan diet kelas satu bagi doktor bertugas atas panggilan
  • Membekalkan snek untuk pesakit hemodialisis
  • Untuk membekalkan catuan makan malam bagi anggota bertugas malam yang layak
  • Membekalkan catuan makanan kering ke wad untuk kegunaan pesakit
  • Untuk memberi khidmat medical nutrition therapy bagi oral diet serta nutrition support & tube feeding kepada pesakit yang dirujuk oleh doktor
  • Untuk menggalakkan penglibatan di dalam kajian serta penyelidikan katering dan dietetik klinikal/dietetik komuniti mengikut keperluan demi peningkatan mutu perkhidmatan
  • Memberi latihan praktikal katering dan 'internship' dietetik kepada pelatih Institusi Pengajian Tinggi
 
SKOP PERKHIDMATAN DIETETIK
  • Memberi khidmat medical nutrition therapy dengan menggunakan nutrition care process yang merangkumi nutrition assessment, nutrition diagnosis, nutrition intervention dan nutrition monitoring & evaluation termasuk dokumentasi kepada pesakit yang dirujuk oleh doktor kepada Pegawai Dietetik bagi pesakit dalam dan pesakit luar
  • Perkhidmatan memberi ceramah, latihan, pendidikan berterusan dan khidmat pakar rujuk akan dikendalikan mengikut keperluan
  • Latihan 'internship' dietetik akan diberi kepada pelatih-pelatih dietetik dari Institusi Pendidikan Tinggi mengikut keperluan
  • Penglibatan dalam kajian serta penyelidikan sejajar dengan keperluan klinikal atau perkhidmatan

SKOP PERKHIDMATAN SAJIAN
  • Diet akan dibekalkan berdasarkan pesanan yang diterima dari wad mengikut kelas satu, dua, tiga atau kanak-kanak. Jenis diet, samada diet normal atau teraputik akan ditentukan oleh Pegawai Dietetik atau Pegawai Perubatan
  • Ibu yang menemani anak di wad kanak-kanak iaitu MAC(mother accompanying child) akan dibekalkan diet kelas tiga
  • Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai HIV positif akan dibekalkan susu formula bayi bagi tempoh dari lahir hingga umur 6 bulan untuk mereka yang kurang mampu
  • Doktor yang bertugas atas panggilan di hospital akan dibekalkan diet kelas satu
  • Anggota yang bertugas malam yang layak akan dibekalkan catuan makan malam mengikut kadar yang telah ditetapkan
  • Pesakit yang menjalani rawatan hemodialisis diberikan snek minum pagi atau minum petang
  • Latihan praktikal katering akan diberi kepada pelatih katering dan pelatih dietetik dari Institusi Pendidikan Tinngi mengikut keperluan dan kelulusan
  • Penglibatan dalam kajian serta penyelidikan demi perkembangan teknologi katering dan peningkatan mutu perkhidmatan makanan
CARTA ORGANISASI UNIT
 

 

 

 

joomla wellnessLorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s...