| Laman Web Rasmi Hospital Setiu Terengganu  | Kesihatan Sepanjang Hayat, Kualiti Sepanjang Masa |

Malay Arabic English

Unit Pengimejan Diagnostik

| Print |  Email | Thursday, 11 April 2013 02:55 | Written by hsetiu |

PENGENALAN UNIT

Unit Pengimejan Diagnostik mula beroperasi pada Disember 2003 dengan pengisian seorang Juru X-ray U29. Fungsi utama unit ini adalah untuk membantu Pegawai Perubatan dalam mendiagnosa perawatan pesakit. Perjawatan di unit ini terdiri daripada  seorang Juru X-ray Gred U32, dua orang Juru x-ray Gred U29 dan dibantu oleh seorang Pembantu Perawatan Kesihatan U3.

 

SKOP PERKHIDMATAN

  • Menjalankan semua pemeriksaan radiografi tanpa kontras bagi semua pemeriksaan termasuk radiografi mudah gerak di Unit Kecemasan dan Trauma, Bilik Mayat, Wad dan Dewan  Bersalin.
  • Perkhidmatan atas pangilan dan semua pemeriksaan radiologi   dijalankan atas arahan Pegawai Perubatan sahaja.
  • Perkhidmatan Pakar Lawatan sebulan sekali mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh hospital rujukan.
  • Perkhidmatan radiografi Khas seperti CT Scan, MRI, OPG, Ultrasound dan Floroskopi dibuat di hospital rujukan melalui sistem temujanji yang diuruskan oleh unit ini.
  • Radiograf yang memerlukan laporan Pakar akan dihantar ke  hospital rujukan dan diselia mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
 
CARTA ORGANISASI UNIT
 

 

 

 

joomla wellnessLorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s...