| Laman Web Rasmi Hospital Setiu Terengganu  | Kesihatan Sepanjang Hayat, Kualiti Sepanjang Masa |

Malay Arabic English

Unit Farmasi & Bekalan

| Print |  Email | Tuesday, 02 April 2013 03:55 | Written by hsetiu |

PENGENALAN UNIT

Perkhidmatan Farmasi dan Bekalan merupakan salah satu daripada perkhidmatan sokongan klinikal di bawah Aktiviti Rawatan Perubatan. Aktiviti yang dilaksanakan adalah :

  • Bertanggungjawab membekalkan ubat kepada Pesakit Dalam dan Pesakit Luar (Kecemasan/Discaj/Klinik Pakar/Klinik Susulan)
  • Melaksanakan aktiviti klinikal seperti Farmasi Wad, kaunseling, Medication Theraphy Adherence Clinic dan maklumat ubat-ubatan
  • Melaksanakan aktiviti Keselamatan Pengubatan (medication safety) seperti High Alert Medication, pengesanan pesakit dengan kad alahan, LASA dan lain-lain
  • Pendispensan dan pemantauan Rawatan Gantian Sirap Methadone
  • Perolehan dan bekalan ubat/bukan ubat/reagen makmal kepada unit-unit pemesan hospital

 

OBJEKTIF UNIT

  • Untuk memberikan Perkhidmatan Farmasi yang cekap, tepat dan berkesan ke arah menjamin kepuasan pelanggan
  • Untuk memastikan pesakit menerima ubat yang betul, berkualiti, berkesan dan selamat mengikut masa yang dijanjikan dalam Piagam Pelanggan
  • Untuk memastikan setiap pesakit diberi penerangan yang lengkap dan jelas mengenai ubat-ubatan yang dibekalkan
  • Untuk memastikan bekalan ubat disempurnakan dalam tempoh sebagaimana dipersetujui dalam Piagam Pelanggan
  • Untuk memastikan stok ubat/bukan ubat sentiasa berada dalam kuantiti yang mencukupi
  • Untuk memastikan ubat/bukan ubat yang dibekalkan adalah berkualiti dan selamat digunakan
  • Untuk memastikan perolehan dan bekalan ubat/bukan ubat dilaksanakan mengikut peraturan yang ditetapkan
 
CARTA ORGANISASI UNIT

 

FUNGSI / AKTIVITI UNIT

Unit Farmasi


1) Farmasi Pesakit Luar

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah :

  • Penyaringan preskripsi, pengisian ubat dan dispens ubat kepada pesakit
  • Kaunseling/khidmat nasihat tentang ubat-ubatan
  • Value Added Service - Sistem Temujanji (SMS dan Ambil/telefon dan Ambil/Kad temujanji) dan Sistem Pembekalan Ubat Bersepadu (SPUB)
  • Medication Theraphy Adherence Clinic (MTAC)

2) Farmasi Pesakit Dalam

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah :

  • Membekalkan ubat kepada Wad Perempuan (multidisiplin), Wad Lelaki (multidisiplin), Wad Paediatrik, Wad Bersalin, Unit Hemodialisis, Unit Kecemasan dan Trauma, Klinik Pakar dan lain-lain unit berkaitan
  • Aktiviti bekalan ubat kepada unit-unit tersebut adalah secara 'Unit of Dose' (UoD) dan 'Unit of Use' (UoU)
  • Bekalan ubat-ubatan untuk 'impress floor stock', 'after office hour' dan ubat troli kecemasan
  • Menyediakan sediaan farmaseutikal yang tidak terdapat di pasaran untuk kegunaan pesakit Hospital Setiu dan menjalankan aktiviti prabungkus ubat-ubatan

3) Aktiviti Klinikal

Farmasi Wad yang telah dimulakan pada tahun 2010 di wad 3A. perkhidmatan ini ditumpukan kepada pemantauan terapi ubat dengan menggunakan konsep ‘Pharmaceutical Care’ di mana pemonitoran berterusan boleh dilakukan bagi memastikan penggunaan ubat-ubatan di wad adalah mengikut prosedur yang betul.

Aktiviti Farmasi wad  dilaksanakan berasaskan objektif-objektif berikut:
i) Menyediakan perkhidmatan farmasi yang mesra pelanggan, cekap dan efisien kepada pesakit,
ii) Memastikan pesakit dibekalkan dengan ubat-ubatan yang betul, berkualiti, berkesan dan selamat disertai dengan arahan dan maklumat yang jelas tentang penggunaan ubat-ubatan tersebut.
iii) Memantau penggunaan ubat-ubatan yang lebih rasional.

‘Bedside-kaunseling’ juga dijalankan untuk membantu pesakit dalam wad bagi meningkatkan tahap kefahaman terhadap ubat-ubatan .

‘Bedside Dispensing & Discaj kauseling’ –dispens ubat-ubatan untuk pesakit discaj di dalam wad dan kaunseling juga dilakukan semasa mendispen.

Melaksanakan rondaan wad bersama Pegawai Perubatan dimana Pegawai Farmasi berinteraksi dengan Pegawai Perubatan berkaitan ubat-ubatan berdasarkan diagnosa
pesakit

Mendapatkan sejarah pengubatan pesakit yang baru dimasukan ke wad (borang CP1) serta membuat pemantauan berterusan pesakit yag berada di wad (borang CP 2)

Kaunseling/ Khidmat Nasihat Pesakit
Perkhidmatan  ini dilaksanakan kepada Pesakit Dalam, Pesakit Luar, Pesakit Discaj dan juga pesakit ‘walk-in’ yang memerlukan bantuan dalam meningkatkan kefahaman serta komplians mereka terhadap ubat-ubatan yang diambil.
   
Pemilihan pesakit adalah bergantung kepada kriteria berikut:

    •    Menggunakan peralatan khas seperti inhaler (MDI), novopen dan lain-lain.
    •    Pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti diabetes mellitus, hipertensi dan jantung.
    •    Pesakit yang mengambil pelbagai jenis ubat atau regim ubat yang kompleks serta rendah tahap komplians.
    •    Pesakit warga emas

Farmasi Maklumat Ubat-Ubatan
Menyediakan khidmat maklumat ubat-ubatan kepada pesakit dan pelanggan Hospital Setiu..

Untuk mencapai objektif-objektif dan fungsi-fungsi tersebut Unit Farmasi  memberi komitmen yang padu dengan menggalas janji kepada  pelanggan melalui Piagam Pelanggan seperti berikut.


 

 

 

 

 

joomla wellnessLorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s...