| Laman Web Rasmi Hospital Setiu Terengganu  | Kesihatan Sepanjang Hayat, Kualiti Sepanjang Masa |

Skop Perkhidmatan

| Print |  Email | Thursday, 21 September 2017 01:52 | Written by hsetiu |

Skop perkhidmatan

  1. Perubatan Am - kesinambungan perkhidmatan kesihatan (step down care) dari lead hospital ke non lead hospital.
  2. Pediatrik - kesinambungan perkhidmatan kesihatan (step down care) dari lead hospital ke non lead hospital.
  3. Kecemasan dan trauma
  4. Pembedahan Am (pembedahan rawatan harian AVF)

Oftalmologi ( pembedahan rawatan harian katarak)

Faedah dan impak

  1. Kepuasan pelanggan
    1. Kesamarataan perkhidmatan kesihatan berpakar di semua hospital dalam kluster.
    2. Pembedahan rawatan harian (AVF/ Katarak) berdekatan dengan rumah.
    3. Tempoh menunggu untuk pembedahan AVF dan katarak lebih singkat
    4. Keselesaan dan kepercayaan pesakit menerima rawatan kesihatan
    *pembedahan rawatan harian katarak disediakan di Hospital Setiu dan Hospital Besut, pembedahan rawatan harian AVF disediakan di Hospital Besut.

2. Kualiti Perkhidmatan Kesihatan

  1. Mengurangkan kesesakan di wad perubatan am dan pediatric di Lead Hospital.
  2. Wad di Non Lead Hospital diiktiraf sebagai wad tambahan (extension ward) lead hospital.
  3. Pengamal perubatan yang mahir dan kompeten.
  4. Meluaskan skop perkhidmatan kesihatan di hospital tanpa pakar dan seterusnya mengurangkan keperluan kes rujukan ke lead hospital.
  5. Mengoptimumkan masa dan kos rawatan.

3. Pengurusan sumber dan asset sedia ada.

  1. Mengoptimumkan penggunaan bilik pembedahan di Non Lead Hospital.
  2. Meningkatkan penggunaan katil wad di Non Lead Hospital.
  3. Pengagihan semula sumber manusia.
  4. Penjimatan kos terutama dari segi pengangkutan.

4. Organisasi.

  1. Mengurangkan birokrasi.
  2. Meningkatkan piawaian proses kerja.
  3. Integrasi system pengurusan pesakit dalam kluster.

5. Kemahiran dan Kompetensi

  1. Rawatan berpakar untuk hospital bukan pakar.
  2. Meningkatkan lawatan pakar dalam kluster.
  3. Latihan berterusan kepada pengamal perubatan.

 

 

joomla wellnessLorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s...