| Laman Web Rasmi Hospital Setiu Terengganu  | Kesihatan Sepanjang Hayat, Kualiti Sepanjang Masa |

Malay Arabic English

Piagam Pelanggan Klinik Pakar

| Print |  Email | Tuesday, 05 March 2013 02:49 | Written by super user |

Piagam Pelanggan Klinik Pakar

Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.

1. Perkhidmatan Klinik Pesakit Luar dan Klinik Pakar akan diberikan mengikut giliran dan/atau keadaan pesakit. Keutamaan akan diberikan kepada kanak-kanak, ibu hamil, warga emas dan orang-orang kurang upaya.

2. Pesakit akan di daftarkan dalam masa 5 minit.

3. Proses penyaringan akan dibuat dalam masa kurang 30 minit.

4. Pesakit akan mendapat rawatan doktor dalam masa 90 minit.

5. Setiap pesakit akan diberi rawatan yang berkualiti.

6. Setiap pesakit akan diberi penerangan dengan jelas sebelum dan selepas tatacara yang dilakukan.

7. Maklumat akan diberikan kepada pesakit berkenaan dengan penyakit dan perawatan.

8. Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin.

9. Kemudahan dan persekitaran yang berkualiti selesa dan selamat disediakan.

 

 

joomla wellnessLorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s...