| Laman Web Rasmi Hospital Setiu Terengganu  | Kesihatan Sepanjang Hayat, Kualiti Sepanjang Masa |

Malay Arabic English

Piagam Pelanggan Unit Dietetik & Sajian

| Print |  Email | Tuesday, 05 March 2013 03:06 | Written by super user |

Piagam Pelanggan Unit Dietetik & Sajian

Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti :

Perkhidmatan Dietetik

1. Tiap pesakit yang dirujuk akan mendapat perkhidmatan sewajarnya tanpa mengira umur, jantina, keturunan, agama atau taraf sosio ekonomi.

2. Tiap pesakit yang dirujuk akan diberi maklumat yang jelas mengenai aspek penjagaan diet bersesuaian mengikut keadaan penyakit masing-masing.

3. Jangkamasa kaunseling diet :

     a) bagi pesakit yang baru dirujuk : 30-40 minit

     b) bagi pesakit ulangan : 15-20 minit

4. Bagi pesakit dalam yang dirujuk, pesakit akan diberi perkhidmatan klinikal dietetik dalam tempoh 24 jam bagi kes-kes kritikal dan dalam tempoh 48 jam bagi kes-kes tidak kritikal.

5. Maklumat akan diberikan kepada pesakit berkenaan penyakit dan perawatan.

6. Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah terjamin.

7. Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan.

Perkhidmatan Sajian

1. Membekalkan diet harian yang betul mengikut Standard Kementerian Kesihatan Malaysia dan sesuai dengan keperluan pemakanan pesakit serta mengikut selera dan cita rasa tempatan. Ia mesti menyumbangkan nutrien yang mencukupi bagi membolehkan badan berfungsi dengan normal untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu-tisu rosak.

2. Diet pesakit akan disediakan mengikut pesanan wad.

3. Diet akan dibekalkan empat kali sehari mengikut jadual seperti berikut :

     a) Sarapan Pagi : 7.30 pagi - 8.00 pagi

     b) Makan Tengahari : 11.30 pagi - 12.00 tengahari

     c) Minum Petang : 2.30 petang - 3.00 petang

     d) Makan Malam : 5.00 petang - 5.30 petang

 * Bagi kes baru sebelum 5.15 petang, diet akan disediakan dalam masa 30 minit selepas pesanan tetapi diet yang akan diberikan tidak semestinya sama dengan diet normal tetapi akan dipastikan bersesuaian dan bermutu.

4. Makanan yang disediakan dijamin selamat dan tidak akan menyebabkan keracunan makanan.

 

* Untuk sebarang pertanyaan/aduan, sila berhubung dengan :

     i) Pegawai Dietetik ~ 09-6090333 samb. 410

     ii) Penolong Pegawai Penyediaan Makanan ~ 09-6090333 samb. 408/409

 

 

joomla wellnessLorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s...