| Laman Web Rasmi Hospital Setiu Terengganu  | Kesihatan Sepanjang Hayat, Kualiti Sepanjang Masa |

Malay Arabic English

Piagam Pelanggan Unit Hemodialisis

| Print |  Email | Tuesday, 05 March 2013 05:08 | Written by super user |

Piagam Pelanggan Unit Hemodialisis

Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti dalam aspek-aspek berikut :

1. Maklumat akan diberi kepada pelanggan berkaitan perkhidmatan dan khidmat nasihat yang bersesuaian.

2. Setiap pelanggan akan menerima rawatan hemodialisis selama 4 jam sebanyak 3 kali seminggu.

3. Pelanggan juga akan diberi rawatan susulan secara berkala oleh Pakar atau Pegawai Perubatan pada setiap 3 bulan sekali atau bila perlu.

4. Penerangan juga akan diberikan pada pelanggan berkaitan dengan rawatan dan ubatan secara sopan dan mesra.

5. Sebarang pertukaran jadual rawatan juga akan diberitahu kepada semua pelanggan dengan seberapa segera.

6. Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan.

Sebarang kemusykilan atau aduan, sila hubungi Pengarah Hospital atau Ketua Jururawat Y/M Unit Hemodialisis di talian 09-6090333.

 

 

joomla wellnessLorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s...