| Laman Web Rasmi Hospital Setiu Terengganu  | Kesihatan Sepanjang Hayat, Kualiti Sepanjang Masa |

Malay Arabic English

Piagam Pelanggan Unit Rehabilitasi

| Print |  Email | Tuesday, 05 March 2013 04:45 | Written by super user |

Piagam Pelanggan Unit Rehabilitasi


Kami berjanji akan memberikan prkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti :

1. 95% pesakit dalam wad akan dilihat dalam masa 24 jam hari bekerja manakala rawatan pertama pesakit luar akan diberi dalam masa 7 hari bekerja selepas tarikh rujukan.

2. Sistem perawatan adalah mengikut giliran dan keadaan pesakit. Kanak-kanak, warga tua dan orang kelainan upaya (OKU) akan diberi keutamaan.

3. Sesi rawatan akan ditamatkan sekiranya pelanggan tidak hadir dua sesi rawatan berturut-turut tanpa pemberitahuan.

4. Pelanggan akan dimaklumkan maklumat berkenaan penyakit, prosedur perawatan dan risiko.

5. Setiap pesakit diberi kebenaran untuk membawa seorang pengiring semasa menjalani rawatan.

6. Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin.

7. Pelanggan akan disediakan kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat.

8. 85% pelanggan yang mendapatkan rawatan akan berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan.

 

 

joomla wellnessLorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s...