Pengenalan
- Program HMI merupakan hasrat Ybhg KPK Malaysia.
- Bermula dengan pelancaran Bahan Pendidikan Ibadah Pesakit pada 25 Februari 2014.
- Ia merupakan satu program penerapan dan penghayatan nilai-nilai Islam di hospital
merangkumi pengurusan ibadah pesakit, penghayatan nilai-nilai Islam dalam
melaksanakan tugas harian dan khidmat nasihat kerohanian. - HMI adalah satu platform kerjasama strategik antara KKM, JAKIM, Majlis dan Jabatan
Agama Islam Negeri ke arah mencapai piawaian indeks syariah dalam bidang
kesihatan selaras dengan saranan YAB Perdana Menteri melalui pelancaran indeks
syariah Malaysia. - Majlis & Jabatan Agama Islam Negeri telah mula menempatkan Pegawai Agama
(bukan pegawai kader) di beberapa buah hospital KKM bermula tahun 2000.
Manakala JAKIM telah menempatkan Pegawai Agama kader di hospital KKM bermula
tahun 2008. Pada masa ini terdapat lebih 60 orang Pegawai Agama di sekurang kurangnya 55 buah hospital KKM.