Mengenai Kami

Piagam Pelanggan Unit

Mengikut Unit

Senarai Piagam Pelanggan

Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.

  1. Laporan perubatan yang dipohon akan disiapkan dalam tempoh 14 hari selepas permohonan lengkap diterima.
  2. Memastikan rekod perubatan pesakit dalam dihantar dalam tempoh 72 jam hari bekerja selepas pesakit discaj.
  3. Menyediakan maklumat kesihatan dengan berkesan, tepat dan berkualiti untuk menghasilkan pengurusan perawatan pesakit dan pengurusan perkhidmatan hospital secara cekap bagi mencapai tahap kepuasan pelanggan yang ditetapkan.
  4. Maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit yang terkandung di dalam rekod perubatan adalah dijamin kerahsiaannya.
  5. Beriltizam untuk mencapai kecemerlangan dalam pengurusan rekod di mana rekod akan disimpan dengan selamat dalam era teknologi terkini.

Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.

  1. Perkhidmatan Klinik Pesakit Luar dan Klinik Pakar akan diberikan mengikut giliran dan/atau keadaan pesakit. Keutamaan akan diberikan kepada kanak-kanak, ibu hamil, warga emas dan orang-orang kurang upaya.
  2. Pesakit akan di daftarkan dalam masa 5 minit.
  3. Proses penyaringan akan dibuat dalam masa kurang 30 minit.
  4. Pesakit akan mendapat rawatan doktor dalam masa 90 minit.
  5. Setiap pesakit akan diberi rawatan yang berkualiti.
  6. Setiap pesakit akan diberi penerangan dengan jelas sebelum dan selepas tatacara yang dilakukan.
  7. Maklumat akan diberikan kepada pesakit berkenaan dengan penyakit dan perawatan.
  8. Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin.
  9. Kemudahan dan persekitaran yang berkualiti selesa dan selamat disediakan.

Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.

  1. Memastikan setiap pelanggan dilayan dengan hormat berlandaskan prinsip 10S dan bertanggungjawa.
  2. Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan Perkhidmatan Pensterilan yang dijalankan.
  3. Memastikan penerimaan dan pemeriksaan peralatan kotor untuk di sterile oleh kakitangan CSSU.
  4. Memastikan semua set dan peralatan sterile dihantar ke pihak pengguna
    • dalam masa 2 hari
    • dalam masa 15 minit
  • Kemudahan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan.

Catitan : Pelanggan yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberi, diminta menghubungi Ketua Jururawat Y/M (09-6090333 samb. 204).

Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti :

Perkhidmatan Dietetik

  1. Tiap pesakit yang dirujuk akan mendapat perkhidmatan sewajarnya tanpa mengira umur, jantina, keturunan, agama atau taraf sosio ekonomi.
  2. Tiap pesakit yang dirujuk akan diberi maklumat yang jelas mengenai aspek penjagaan diet bersesuaian mengikut keadaan penyakit masing-masing.
  3. Jangkamasa kaunseling diet :
    • bagi pesakit yang baru dirujuk : 30-40 minit
    • bagi pesakit ulangan : 15-20 minit
  4. Bagi pesakit dalam yang dirujuk, pesakit akan diberi perkhidmatan klinikal dietetik dalam tempoh 24 jam bagi kes-kes kritikal dan dalam tempoh 48 jam bagi kes-kes tidak kritikal.
  5. Maklumat akan diberikan kepada pesakit berkenaan penyakit dan perawatan.
  6. Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah terjamin.
  7. Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan.

Perkhidmatan Sajian

  1. Membekalkan diet harian yang betul mengikut Standard Kementerian Kesihatan Malaysia dan sesuai dengan keperluan pemakanan pesakit serta mengikut selera dan cita rasa tempatan. Ia mesti menyumbangkan nutrien yang mencukupi bagi membolehkan badan berfungsi dengan normal untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu-tisu rosak.
  2. Diet pesakit akan disediakan mengikut pesanan wad.
  3. Diet akan dibekalkan empat kali sehari mengikut jadual seperti berikut :
    • Sarapan Pagi : 7.30 pagi – 8.00 pagi
    • Makan Tengahari : 11.30 pagi – 12.00 tengahari
    • Minum Petang : 2.30 petang – 3.00 petang
    • Makan Malam : 5.00 petang – 5.30 petang

    * Bagi kes baru sebelum 5.15 petang, diet akan disediakan dalam masa 30 minit selepas pesanan tetapi diet yang akan diberikan tidak semestinya sama dengan diet normal tetapi akan dipastikan bersesuaian dan bermutu.

  4. Makanan yang disediakan dijamin selamat dan tidak akan menyebabkan keracunan makanan.

* Untuk sebarang pertanyaan/aduan, sila berhubung dengan :

  1. Pegawai Dietetik ~ 09-6090333 samb. 410
  2. Penolong Pegawai Penyediaan Makanan ~ 09-6090333 samb. 408/409

Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.

  1. Setiap pesakit akan mendapat bekalan ubat dalam masa 15 minit selepas preskripsi yang lengkap dan tidak bermasalah diserahkan ke farmasi.
  2. Setiap pesakit akan diberi penerangan yang lengkap, tepat dan jelas mengenai ubat-ubatan yang diberikan.
  3. Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan rawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin.
  4. Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan.

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Pegawai Farmasi secara terus atau melalui talian 09-6090333 samb. 400/131/133

Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.

  1. Caj rawatan pesakit berpandukan pada Akta Fee 1951.
  2. Resit bayaran akan dikeluarkan dalam masa 5 minit selepas pelanggan menyerahkan bil bagi setiap pembayaran bil rawatan hospital.
  3. Pesakit yang tidak mampu menjelaskan bil rawatan boleh memohon dan akan diberi pertimbangan pengecualian bayaran perubatan.
  4. Lebihan deposit hospital akan dipulangkan semasa membayar bil rawatan.
  5. Sekiranya caj rawatan kurang dari deposit hospital pelanggan hendaklah mengemukakan resit asal bayaran deposit hospital.
  6. Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan.

Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti dalam aspek-aspek berikut :

  1. Maklumat akan diberi kepada pelanggan berkaitan perkhidmatan dan khidmat nasihat yang bersesuaian.
  2. Setiap pelanggan akan menerima rawatan hemodialisis selama 4 jam sebanyak 3 kali seminggu.
  3. Pelanggan juga akan diberi rawatan susulan secara berkala oleh Pakar atau Pegawai Perubatan pada setiap 3 bulan sekali atau bila perlu.
  4. Penerangan juga akan diberikan pada pelanggan berkaitan dengan rawatan dan ubatan secara sopan dan mesra.
  5. Sebarang pertukaran jadual rawatan juga akan diberitahu kepada semua pelanggan dengan seberapa segera.
  6. Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan.

Sebarang kemusykilan atau aduan, sila hubungi Pengarah Hospital atau Ketua Jururawat Y/M Unit Hemodialisis di talian 09-6090333.

Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.

  1. Keutamaan akan diberikan kepada kes kritikal dan separa kritikal di Jabatan Kecemasan dan Trauma dengan masa menunggu seperti berikut :
    • Semua kes kritikal (Zon Merah) dirawat dengan serta-merta
    • Semua kes separa kritikal (Zon Kuning) dirawat dalam masa 15 minit
    • Lain-lain (Zon Hijau) akan dilihat mengikut keutamaan keadaan pesakit
  2. Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan perawatan, kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin.
  3. Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat.

     

Catitan : Pelanggan yang tidak berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan, diminta menghubungi Penolong Pegawai Perubatan Y/M Unit Kecemasan & Trauma di 09-6090333 samb. 116

Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.

  1. Setiap spesimen akan dikendalikan dan diuji mengikut prosedur yang ditetapkan
    • keputusan ujian segera dikeluarkan dalam masa 90 minit selepas spesimen diterima
    • keputusan ujian rutin tidak segera dikeluarkan dalam masa 4 jam
  2. Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan ujian jika perlu.
  3. Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan keputusan ujian yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin.
  4. Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakn.

Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti dalam aspek-aspek berikut :

  1. Pemeriksaan x-ray akan selesai dalam masa 60 minit.
  2. Pesakit akan dilayan dalam tempoh masa 15-30 minit.
  3. Penolakan filem yang tidak menepati standard kualiti adalah kurang 5% daripada jumlah filem yang digunakan.

Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.

  1. Setiap pesanan akan dibekalkan dengan item yang berkualiti mengikut kuantiti yang bersesuaian.
  2. Pesanan yang lengkap akan diproses dalam masa 7 hari bekerja selepas diterima mengikut jadual.
  3. Pesanan kecemasan yang lengkap akan proses pada hari yang sama sekiranya dimaklumkan terlebih dahulu dan stok ada.

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Pegawai Farmasi secara terus atau melalui talian 09-6090333 samb. 400/131

Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.

  1. Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaaan penyakit dan perawatan.
  2. Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin.
  3. Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan.
  4. Setiap pesakit yang dimasukkan ke wad akan ditempatkan di katil dalam masa 5 minit.
  5. Proses discaj akan dilakukan dalam masa 2 jam selepas dimaklum oleh Pegawai Perubatan.
  6. Mematuhi peraturan jabatan.
  7. Menggunakan segala kemudahan yang disediakan dengan bertanggungjawab.

Catitan : Pelanggan yang tidak berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan, diminta menghubungi Ketua Jururawat di 09-6090333 samb. 202

Kami berjanji akan memberikan prkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti :

  1. 95% pesakit dalam wad akan dilihat dalam masa 24 jam hari bekerja manakala rawatan pertama pesakit luar akan diberi dalam masa 7 hari bekerja selepas tarikh rujukan.
  2. Sistem perawatan adalah mengikut giliran dan keadaan pesakit. Kanak-kanak, warga tua dan orang kelainan upaya (OKU) akan diberi keutamaan.
  3. Sesi rawatan akan ditamatkan sekiranya pelanggan tidak hadir dua sesi rawatan berturut-turut tanpa pemberitahuan.
  4. Pelanggan akan dimaklumkan maklumat berkenaan penyakit, prosedur perawatan dan risiko.
  5. Setiap pesakit diberi kebenaran untuk membawa seorang pengiring semasa menjalani rawatan.
  6. Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin.
  7. Pelanggan akan disediakan kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat.
  8. 85% pelanggan yang mendapatkan rawatan akan berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan.