Mengenai Kami

Piagam Pelanggan

Perkhidmatan secara profesional

  • Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.
  • Keutamaan akan kami berikan kepada kes kritikal dan separa kritikal di Jabatan Kecemasan & Trauma dengan masa menunggu seperti berikut :
  1. Semua kes kritikal (Zon Merah) dirawat dengan serta-merta
  2. Semua kes separa kritikal (Zon Kuning) dirawat dalam masa 15minit
  3. Lain-lain kes (Zon Hijau) akan dilihat mengikut keutamaan keadaan pesakit
  • Perkhidmatan Klinik Pesakit Luar dan Klinik Pakar akan diberikan mengikut giliran dan/atau keadaan pesakit
  • Keutamaan akan diberikan kepada kanak-kanak, ibu hamil, warga emas dan orang kurang upaya
  • Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan perawatan
  • Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin
  • Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan