Anda perlu diperiksa oleh pegawai perubatan di klinik kesihatan terlebih dahulu sebelum dirujuk kepada doktor pakar yang berkaitan.
Bagi warganegara wang cagaran berbeza mengikut disiplin. RM 20 untuk kes Perubatan,RM30 untuk kes Pembedahan dan RM 15 bagi kes Sakit Puan. Manakala bagi bukan warganegara RM 1400 bagi kes Perubatan, RM2800 untuk kes Pembedahan dan RM 2800 bagi kes Sakit Puan.
Bagi semua kes penyakit berjangkit : ianya adalah percuma bagi mereka berpendapatan bawah RM 300 @ diiktiraf sebagai keluarga asnaf, pemegang kad bantuan Kebajikan masyarakat / MAIK, OKU, pelajar sekolah, kaki tangan kerajaan : pemotongan @ pengecualian boleh dipertimbangkan.
Ya, bagi semua jenis penyakit berjangkit yang disenaraikan di dalam akta Fi.
Kad Kebajikan Masyarakat, Kad Pencen, surat sekolah, surat pengesahan (GL)
Kes-kes kecemasan termasuk kes kemalangan ( di jalan raya / di tempat kerja / domestik ) serangan lelah, serangan jantung, pengsan, digigit ular, kebakaran, sawan, pendarahan kemaluan, keracunan makanan, sakit perut secara tiba-tiba dan amat kuat.
Ya. Ibu/bapa/penjaga jika pesakit kanak-kanak, Manakala pesakit dewasa Cuma mereka yang tenat sahaja dan penjaganya mestilah sama jantina
Tidak. Pihak hospital tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan. Oleh sebab itu pesakit/waris dinasihatkan tidak membawa sebarang barang berharga semasa berada di hospital.